Tips Menabung Emas

Capture29

 

Emas telah jadi instrumen pelaburan berabad lamanya. Sebelum ini, ramai orang memilih untuk menabung emas dengan membeli emas perhiasan mahupun jongkong emas dan menyimpannya sebagai aset pelaburan. Namun kini, masyarakat lebih selesa berurusan di alam maya sehingga mereka boleh memilih untuk menabung emas secara digital! 

1) BELI EMAS RENDAH 

 Jika gaji anda tidak seberapa, anda boleh cuba membeli emas yang bersesuaian mengikut bajet anda. Sebagai contoh, anda boleh membeli emas seberat 1g-2g kerana harganya rendah dan berpatutan. Ini juga antara salah satu cara untuk menabung emas secara konsisten.  

2) TAMBAH EMAS 

 Apabila gaji menaik, ini bermaksud nilai kemampuan seseorang akan meningkat. Maka ini adalah masa yang sesuai untuk kita menambah koleksi emas sebagai pelaburan jangka masa pendek & panjang. Kelak, apabila usia sudah meningkat tua, kita tidak perlu bersusah-payah membanting tulang lagi kerana kita sudah banyak melabur pada emas. Tahukah anda, orang kaya yang bijak sering memilih untuk melabur pada emas berbanding komoditi lain? Anda bagaimana?    

3) BELI EMAS SETIAP BULAN 

Untuk melabur emas dengan bijak, anda perlu cuba untuk membeli emas setiap bulan secara konsisten bagi menguatkan tahap tabungan anda. Ini akan membantu anda untuk menguruskan kewangan untuk dibelanjakan kepada aset dengan lebih teratur dan cekap. Sudah tentu masa yang terbaik untuk membeli emas adalah pada ketika harga emas jatuh. Sebagai hasil, anda dapat menambahkan satu lagi jaminan masa depan anda dari hari ke hari!