Bilakah waktu terbaik untuk membeli emas?

Capture30

 

Tahukah anda? Pembelian emas boleh dilakukan pada bila- bila masa & ia semestinya berbaloi untuk memiliki emas sebagai perhiasan atau simpanan 

BILA CUKUP SIMPANAN

Apabila anda mempunyai wang simpanan yang mencukupi, anda boleh menggunakan wang tersebut untuk membeli emas sebagai salah satu bentuk pelaburan dan ianya amat berbaloi kerana nilai emas akan naik pada jangka masa panjang. 

HARGA EMAS MURAH 

Pasaran emas adalah komoditinya dipengaruhi oleh spekulasi seperti mata wang dimana nilainya sentiasa mengalami turun naik setiap hari. Sudah tentu masa yang paling sesuai untuk kita membeli emas adalah pada ketika harga emas jatuh. Jadi, sebagai pengguna yang bijak, anda perlulah sentiasa peka dengan perubahan harga semasa emas jika anda ingin membeli emas! 

MULAKAN PEMBELIAN DARI KECIL

Sebagai pengguna yang bijak, anda harus mahir menguruskan perancangan pelaburan anda. Mulakan dengan membeli emas dengan nilai yang kecil seperti Cincin, Charms atau Loket sebelum memulakan rancangan untuk melabur pada emas yang mempunyai nilai besar bagi mengelakkan risiko pengurusan wang yang tidak efisien.