Semua Penghantaran Akan Selamat Sampai Kepada Anda

Send-your-parcel-safely-with-us-1

 

Pembelian barang kemas melalui internet semestinya sudah tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat pada masa kini. Akan tetapi, pelanggan sering merasa khuatir dan risau akan risiko penipuan dan scammer yang sering terjadi pada masyarakat kita. Oleh itu, untuk mengelakkan hal-hal sebegini daripada berlaku, mari kita lihat cara-cara untuk mengenal pasti sama ada Kedai ‘Online’  tersebut berdaftar atau tidak wujud sama sekali: 

 

  1. MenghubungiKhidmat Pelanggan 

Pengguna boleh menghubungi khidmat pelanggan syarikat tersebut untuk memastikan sama ada ‘Website’ yang dikunjungi wujud atau tidak.  

  1. Bertanyakantentang Cop Siri Emas 

Kadang-kala, pengguna sering mencari cop siri emas 916 yang berada di barangan kemas tersebut kerana tidak menjumpainya, maka pengguna boleh menghubungi khidmat pelanggan syarikat untuk menanyakan hal tersebut. 

  1. MintaNo. Pendaftaran Perniagaan 

Untuk menjalankan perniagaan secara sah, peniaga perlulah mendaftar syarikat di SuruhanJaya Syarikat Malaysia. Anda boleh mengesan kewujudan syarikat melalui no siri pendaftaran syarikat tersebut.