Cara Menjaga Barang Kemas

Capture2

3 Cara Menjaga Barang Kemas

 

Kita sedia maklum bahawa aksesori wanita diperbuat daripada pelbagai jenis logam termasuk emas, perak, tembaga, besi dan banyak lagi. Emas sememangnya merupakan logam yang bersifat tahan lama,akan tetapi ini tidak bermaksud kita perlu mengendahkan tatacara penjagaannya. Oleh itu kita haruslah menjaga barang kemas dengan hati – hati semasa memakai supaya ia kelihatan cantik & sentiasa berkilau. Berikut adalah cara penjagaan barang kemas yang perlu anda tahu: 

1) Tidak Mendedahkan Barangan Emas Kepada Bahan Kimia Dan Berasid 

Ketika membersihkan rumah, anda digalakkan untuk membuka barangan emas yang dipakai kerana dikhuatiri agen pencuci seperti pencuci pakaian, lantai atau perabot rumah boleh merosakkan emas anda kerana kadar asidnya yang tinggi. 

2) Pastikan Semburan Minyak Wangi Tidak Terkena Barangan Kemas 

Barangan kemas perlu sentiasa dicuci selalu bagi memastikan kotoran termasuk sel kulit mati tidak melekat padanya. Jika hal ini berlakut, barangan kemas anda akan kelihatan pudar dan tidak bermaya. Oleh itu, ada boleh pergi ke kedai emas atau mencucinya sendiri.  

3) Membuka emas ketika hendak mandi 

Jangan memakai barangan kemas ketika mandi kerana produk mandian seperti sabun badan, syampu ataupun pelembap rambut mengandungi bahan kimia yang boleh menyebabkan warna emas menjadi pudar apabila terdedah kepada bahan tersebut.