Kelebihan dan Barang Kemas sebagai Pelaburan

Capture3

Kelebihan dan Barang Kemas sebagai Pelaburan

Emas merupakan salah satu cabang pelaburan yang sangat popular pada masa kini.Ia sangat diminati oleh masyarakat terutamanya kaum wanita. Hal ini kerana emas boleh dipakai sebagai perhiasan oleh kaum wanita sekaligus menonjolkan keanggunan si pemakai. Dahulunya wanita membeli dan memakai barangan kemas sebagai alat perhiasan semata-mata, namun sekarang mereka mula beralih kepada simpanan emas kerana mereka mula sedar akan nilai barang kemas pada masa akan datang. Berikut adalah sebab-sebab kenapa barangan kemas berbaloi untuk dijadikan sebagai aset pelaburan:  

1) Boleh digadaikan jika memerlukan tunai segera 

  Barang kemas boleh ditukar sebagai tunai segera kerana sifatnya sentiasa laku & bernilai. 

2) Boleh diwarisi sebagai harta warisan 

Barang kemas boleh dijadikan warisan kepada keluarga dan boleh memberikan manfaat kepada penerimany kerana setiap tahun, nilai emas ini akan semakin meningkat. Seutas rantai yang dibeli pada tahun 2021 pada harga RM1999 boleh mencecah RM4000+ pada tahun 2041.  

3) Keuntungan jangka masa panjang 

Emas boleh memberi keuntungan dalam jangka masa panjang kepada pembeli atau pemakainya. Hal ini kerana harga emas sentiasa naik dari masa ke semasa.