Cara Kenal Emas Hollow, Padu dan Stamping

Capture1

Sebagai peminat tegar barangan kemaskita mestilah tahu sedikit maklumat mengenai emas sebelum kita membelinyaSebilangan emas boleh bertahan lama tetapi sebahagian emas tidak mampu untuk bertahan lama. Di sini kami akan berkongsi 3 jenis emas yang harus kita ketahui sebelum membelinya: 

1) EMAS STAMPING 

Capture31

Emas jenis ini kelihatan besar dan lebar namun kosong dibahagian belakangnyaSama seperti emas kosong, emas ‘Stamping’ juga lebih ringan walaupun kelihatan besar. Rantai jenis VItara merupakan contoh emas ‘Stamping’. 

2) EMAS PADU 

Capture32

Emas jenis ini adalah mampat dan di dalamnya padat dengan emas. Walaupun kelihatan kecilianya mempunyai berat yang lebih dan merupakan emas yang sangat tahan lama dan tidak mudah kemek atau rosak kerana tahap ketumpatannya yang tinggi. 

3) EMAS KOSONG/HOLLOW 
Capture33

Emas jenis ini merupakan emas yang kosong didalamnya yang juga dikenali sebagai emas ‘Hollow’. Biasanya ia kelihatan besar namun beratnya lebih ringan dan berbunyi-bunyi apabila digoncangkan. Emas kosong merupakan emas yang mudah kemek apabila diketukBiasanya rantai jenis Gajah dan Lipan dibuat menggunakan reka bentuk ini.