Tips Marketing Online Untuk Tingkatkan Sales

Joanne NEW TITLE BLOGVIDEO APRIL 2022 2

Selalu kita dengar  

Kenapa sales tak ada ?” “Kenapa sales sikit?” 

Kami akan share kepada anda semua bagaimana untuk tingkatkan sales anda dalam perniagaan online. Cara-caranya ialah: 

Gunakan Instagram sebagai platform branding 

Instagram ialah antara platform media sosial yang paling banyak digunakan oleh rakyat Malaysia. Platform ini merupakan pilihan yang tepat untuk membina imej yang kukuh bagi brand anda. Banyak bisnes kecil kini menggunakan platform ini untuk post gambar dan video yang menarik bagi meningkatkan kepercayaan pelanggan dalam bisnes mereka.Ramai pengguna Instagram kini suka melihat  IG Story dan Reel jadi gunalah peluang ini sebaik yang mungkin untuk mempromosi akaun anda. 

Hantar email kepada pelanggan anda 

Menghantar email merupakan teknik pemasaran online yang amat penting digunakan oleh mana-mana bisnes ialah email marketing. Penggunaan emel bagi tujuan pemasaran sebenarnya amat bagus bagi bisnes kerana sangat efektik untuk membina hubungan dengan pelanggan anda dan murah berbanding ads di FB, IG, akhbar, papan iklan, dan sebagainya. Cara ini juga paling senang mendapat pelanggan setia (LOYAL). 

Gunakan Facebook Group untuk bina komuniti bagi jenama anda 

Gunakan FB Group untuk membina jenama anda melalui pemberian maklumat yang betul dan berguna, sehingga anda menjadi jenama yang dipercayai bakal pelanggan anda. 

Semakin ramai peniaga menyertai atau membina group FB yang relevan untuk target audience mereka. 

Sebab kenapa orang join FB group yang tertentu ialah untuk mendapat maklumat yang berguna dan menyertai komuniti yang berkongsi minat yang sama 

Bina jenama peribadi anda melalui social media 

Pengguna media sosial pasti akan mengikuti personaliti kegemaran mereka. Dan personaliti tersebut boleh menggunakan peluang ini untuk menjual produk mereka. Dan anda juga boleh berbuat demikian! 

Untuk membina jenama peribadi yang berjaya di media sosial, anda perlu: 

  • tahu diri anda sendiri dan jangan berpura-pura menjadi orang lain 
  • post content yang relevan dengan kerap dan konsisten 
  • mengadakan perjumpaan atau aktiviti networking bersama target audience anda 
  • kongsi pengalaman peribadi anda 
  • kongsi foto yang cantik dan berkualiti tinggi