Rahsia 3 Langkah Asas Memulakan Perniagaan Di Instagram

Joanne NEW TITLE BLOGVIDEO APRIL 2022 1

Berniaga menggunakan platform Instagram bukan asing lagi pada masa kini. Di sini saya akan kongsikan tips untuk anda semua untuk memulakan perniagaan menggunakan platform Instagram. 

 

Instagram Tips:  

 

  1. Nak Dapatkan Follower

Untuk mendapatkan follower di Instagram, anda hanya perlu mengikuti akaun yang menjadi ikutan ramai. Anda adalah perlu meletakkan hashtag yang viral di bahagian caption gambar marketing yang anda muatnaik.  

Contohnya hashtag #baazarpaknil #cincinviralcantik #emas916 #rantaitanganemas 

Bila anda meletakkan hashtag sebegini, bila pelanggan membuat pencarian sesuatu item akan muncul di feed dan akan mula mengikuti profile anda. 

 

  1. Nak Cari Targeted Follower atau Sale

Terdapat cara untuk anda mendapatkan targeted follower, anda perlu mengikuti semua follower kepada akaun penjual yang menjual produk yang menyamai dengan produk anda. Dengan mengikuti akaun-akaun ini keberangkalian untuk follower akaun instagram tersebut akan mengikuti akaun anda. 

 

  1. Mencari Pelanggan Berhampiran Dengan Anda

Untuk mencari pelanggan berhampiran dengan anda, akan perlu cari lokasi yang anda mahukan, anda perlu klik pada bahagian Follow dan pilih Follow by Location, jadi ianya akan follow sesiapa sahaja yang berada di lokasi tersebut, mudah untuk anda mendapatkan pelanggan dengan anda dengan urusan Cash on Delivery (COD)