Berhenti Memberi Alasan

 

Orang selalu mahu perniagaan mereka berjaya dengan tujuan mereka contohnya, 

  • Nak membantu suami 
  • Nak hidup yang lebih selesa 
  • Nak menyokong anak-anak untuk melanjut pelajaran di universiti 
  • Nak menjadi terkenal di media sosial 
  • Nak fleksible dalam masa kerja  
  • Nak memudahkah diri menjaga ibu dan bapa dengan kewangan yang cukup 
  • Nak membeli kereta atau rumah 

Kebanyakkan mempunyai matlamat dalam minda masing-masing. Tetapi, apabila disuruh untuk melaksanakan kerja yang sebenar, mala semua Tak Nak pula 

  • Tak nak post gambar dan video di Facebook, Instagram, Telegram & Whatsapp 
  • Tak nak belajar cara membuat editing 
  • Tak nak bercakap dalam video, sebab malu 
  • Tak nak merancang kandungan media sosial sebab malas untuk fikir 
  • Tak nak cuba lagi sebab rasa tak nampak hasil 
  • Tak nak belajar dengan guru bisnes sebab takut mahal 

 

Ini semua adalah ejen kami yang mempunyai 1 juta impian tetapi tidak pernah mencuba. Di bawah kita menunjuk kejayaan seseorang ejen: 

Impian + Kerja Keras = Kejayaan 

Sekiranya anda tidak mahu melakukan semua pekerjaan yang diperlukan dan terus memberi alasan, jangan cemburu dengan orang yang berjaya sekarang. Kalau tak nak buat kerja yang diperlukan, anda perlu menerima hakikat bisnes begitu sahaja. Jangan tuding jari salahkan oranag sekeliling atau salah satu pihak tidak memberi sokongan. Anda sendiri yang suka memberi alasan, anda yang tidak memberi sokongan diri sendiri untuk menjadi lebih semangat dan konsisten untuk berjaya.  

Jika anda nak berjaya, mulalah sekarang. Jangan memberi alasan lagi.