4 Kesilapan Membeli Emas

4 KESILAPAN MEMBELI EMAS

 

1) Beli dan Tunggu Emas Naik untuk dijual dengan Nilai yg lebih tinggi

Kesannya mereka akan rasa RUGI bila harga Emas Jatuh untuk jangka masa panjang. Dan lebih RUGI lagi apabila mereka ambil tindakan untuk menjual kesemua EMAS mereka yang dibeli dengan harga yang tinggi.

 

2) Beli Emas Apabila Perlukan dan Jual Apabila Rasa Tidak Penting

Bagi yang mempunyai kewangan yang sudah cukup stabil, mereka akan mengalami masalah besar apabila mereka merasakan EMAS tidak penting bagi mereka dan dirasakan ia hanyalah suatu bebanan untuk menyimpannya, lalu mereka jual tanpa berfikir panjang. Ingatkan, EMAS adalah alat persedian sewaktu berlaku kegawatan Ekonomi, politik dan Kewangan.

 

3) Beli EMAS tapi Untuk Simpanan Jangka Masa Pendek

Ada orang beli EMAS, dan berhajat untuk menjualnya semula dalam tempoh beberapa bulan akan datang. Ia juga sangat merugikan jika menjualnya di saat nilai EMAS turun.

 

4) Beli Emas bagi Tujuan untuk Pelaburan

Beli EMAS bukanlah satu pelaburan, tetapi Beli EMAS adalah sebagai simpanan. Semakin banyak EMAS yang disimpan, makin bertambah nilai EMAS dan juga kekayaan seseorang.

Pelaburan adalah bertujuan untuk mendapat keuntungan melalui usaha orang lain/syarikat/individu. Konsep asas kepada pelaburan adalah untung dan rugi. Bila kita melabur, hasil yang kita sedang menunggu adalah keuntungan dan kita juga perlu berani untuk menangung risiko kerugian.