Uniknya Menyimpan Charms dan Beads Emas

NEW-TITLE-BLOGVIDEO-APRIL-2022

Charm bermaksud datang dengan dua bahagian  dengan satu bahagian adalah rekaan emas itu, dan bahagian keduanya adalah pemegang serta lubang untuk diselitkan rantai tangan pandora. 

Beads pula hanya datang dengan satu bahagian yang berlubang di tengah-tengah untuk diselitkan dengan rantai tangan pandora.  

 

Charms dan Beads kebiasaannya digayakan bersama rantai tangan pandora. Mari kita lihat kelebihan menyimpan charms dan beads emas. 

 

Simpanan pada masa hadapan 

Rantai Tangan Pandora ini bersifat fleksible atau modular. Berbeza dengan rantai tangan biasa. Kelebihan Rantai Tangan Pandora ini, kita boleh tambah beads atau charms apabila kita mempunyai duit lebihan dan kita juga boleh lepaskan charms atau beads di saat memerlukan wang. 

 

Lebih rasa bermotivasi 

Ianya boleh dijadikan motivasi untuk menambah lagi pelaburan emas dan koleksi emas dan koleksi emas dengan mengumpul charms dan beads. Mula dengan satu, boleh tambah satu lagi dan lagi mengikut kemampuan. 

 

Rekaan yang sangat menarik 

Ada pelbagai cara untuk mencantikkan set pandora anda, sama ada mengikut tema. Antaranya tema LOVE, tema BUAH, ataupun tema BUNGA. Semuanya bergantung kepada kreativiti dan kemampuan masing-masing. 

 

Harga  yang mampu milik 

Beads boleh didatangi dengan berat yang ringan. Charms dan Beads ni beratnya ada bawah 1g sampailah ke 4/5gram. Tengok dengan budget kita.