Sikap Yang Ada Pada Orang Berjaya

Capture4

4 Sikap Yang Ada Pada Orang Berjaya

Jika  anda merupakan seseorang yang sentiasa dahagakan kejayaan, sudah pasti anda perlu mendisiplinkan diri anda terlebih dahulu. Hari ini, kami ingin kongsikan beberapa perkara penting yang perlu dijadikan sikap untuk menjadi orang yang berjaya:  

1) PERCAYA PADA DIRI 

Orang yang berjaya sentiasa mempunyai rasa percaya pada diri mereka sendiri. Rasa percaya diri ini bukanlah bermaksud ‘overconfident’, sebaliknya percaya pada kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Untuk berjaya, kita wajib tahu ‘siapa’ diri kita supaya tidak mudah untuk kita dijatuhkan dengan sebarang cabaran yang mendatang.  

2) JANGAN TAKUT GAGAL 

Persamaan sikap yang terdapat pada semua orang yang berjaya adalah mereka TIDAK takut pada kegagalan. Percayalah bahawa disebalik kejayaan orang ternama diluar sana, mereka sudah harungi berpuluh malah beratus kali kegagalan. Hakikatnya, kejayaan akan sentiasa mengejar orang yang berani berdepan dengan cabaran. 

3) TERIMA ILMU, KRITIKAN, FAKTA DAN DATA 

Orang yang berjaya sentiasa mencari ilmu baru. Mereka tidak pernah merasa pandai atau syok sendiri sehingga menafikan kritikan yang diterima. Orang yang berjaya adalah orang yang sentiasa bersikap terbuka dalam menerima pendapat yang dilontarkan. Mereka tidak akan rasa tercabar, malah mereka akan menggunakan ia untuk memajukan diri.  

4) FOKUS  

Untuk setiap penjualan yang anda sasarkan sekarang, tanam di minda anda:  

“Berapakah jumlah sebenar yang saya mahukan?” 

“Apakah tiga masalah utama yang harus saya fokuskan dalam proses mendapatkan penjualan?” 

 

Dan segera lakukan satu demi satu, orang yang berjaya adalah orang yang  tidak bertindak secara terburu-buru dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Tetapkan satu masa untuk anda selesaikan ‘target’ yang ingin dicapai.