Orang Bankrap Nak Beli Emas Boleh ?

CREATIVE-DEPARTMENT-October-Development-Blog-Title-12

 

Tahukah anda, berapa wang simpanan kita ada di bank, kegunaan wang kita, baki pinjaman kita dan jumlah aset kita, semua info itu boleh diketahui dengan mudah melalui rekod di dalam sistem kewangan negara?   

Ya benar… Hanya masukkan nombor IC semua kekayaan kita terpampang di skrin. Pendek kata setiap sen yang kita belanjakan itu pun pihak berkuasa boleh tahu kalau dia nak siasat.  

Tetapi, hanya ada satu jenis kekayaan yang tidak direkod dalam sistem itu, iaitulah emas yang disimpan di tangan. Ya EMAS. Emas adalah aset yang berstatus rahsia dan tidak boleh dibekukan seperti wang di bank.   

Kenapa emas tiada dalam sistem kewangan?  

Kita semua tahu bahawa menyimpan emas tidak perlukan geran atau surat pemilikan yang disahkan dari mana-mana pihak.  

Jadi, berapa banyak emas yang kita simpan, ia tiada dalam rekod pejabat tanah, rekod bank dan dalam rekod percukaian. Tiada siapa tahu berapa banyak emas melainkan kita sendiri yang bagitahu.  

Oleh itu, emas sesuai dijadikan alat menyorok kekayaan. Emas boleh dijadikan ‘talian hayat’ terakhir jika diisytihar bankrap, keruntuhan system kewangan dunia dan sebagainya.