Langkah Bagaimana Untuk Mengenal Pasti Barangan High Demand di Facebook

Joanne NEW TITLE BLOGVIDEO APRIL 2022 3

Kita haruslah mengenal pasti barangan yang tengah High Demand, barulah kita boleh mengambil hati pelanggan untuk membeli barangan kita. Kesannya apabila kita membuat posting di Facebook pada content kita lebih ramai pelanggan yang ingin memberikan reaksi positif kerana barangan yang kita posting adalah sangat ‘On trending’ Jadi saya akan share kepada anda semua bagaimana untuk mengenal pasti barangan yang tengah panas di pasaran. 


1. Membuat Research Ke Facebook Group-Group Emas

Seperti yang kita tahu Facebook merupakan satu medium peniagaan yang sangat popular. Dengan menyelidik ke page group-group emas di Facebook, kita boleh semak barangan yang tengah hangat dipasaran. Contohnya dengan join group emas-emas kita akan dapat banyak info mengenai barangan kemas yang hangat dipasaran 

 2. Mengenal Pasti Posting Penjual Emas lain

Kita haruslah memberi perhatian kepada posting seller lain di Facebook contohnya bila seseorang seller lain membuat posting kita boleh semak di bahagian comment untuk melihat reaksi daripada pelanggan lain. Jika ianya memperolehi banyak comment dan like mungkin kita perlu ambil maklum mengenai barangan tersebut. 

 3.Follow atau Mengikuti Top-top Seller Emas  

Kita boleh belajar dari seller lain bagaimana mereka mempromosi barangan kemas kita juga boleh menyemak dan faham apa yang pelanggan hendak daripada penjual disini kita akan peolehi bagaimana untuk menyusun strategi pernigaan kita.   

 4. Membuat Kaji Selidik Tiap Bulan

Apabila kita faham barangan yang tengah hangat dipasaran lebih mudah sebagai penjual untuk menjual barangan kita kepada pelanggan. Seorang agent emas yang hebat haruslah membuat kaji selidik setiap bulan, barulah kita tetap berada dilandasan.