Kunci Kejayaan Dalam Perniagaan

Capture24

 

Seseorang peniaga mestilah menguruskan perniagaannya sendiri dan WAJIB mempunyai minat yang mendalam terhadap bidang perniagaan supaya perjalanan bisnes anda akan berjalan dengan sempurna. Sudah pasti kunci kejayaan dalam membina legasi perniagaan adalah dengan menanam rasa cinta dalam bisnes bak kata pepatah Inggeris, “Do Something That You Love Then You Will Success”. Lakukan sesuatu yang kita betul-betul minat nescaya kita akan berjaya walaupun pelbagai rintangan yang harus ditempuhi. Perancangan awal dan sistematik hendaklah dibuat agar perniagaan yang dibina dapat berjalan dengan jayanya. 

Kunci Kejayaan Dalam Perniagaan

 

1) FOKUS PADA PERNIAGAAN
Fokus dalam perniagaan penting agar kita dapat mencipta ‘Good Branding Image’ dimana ia akan membuatkan perniagaan kita mudah dikenali oleh pelanggan. Penghayatan yang khusus terhadap bisnes akan mendatangkan kecekapan dalam pengurusan masa kita. Jadi, langkah yang terbaik adalah cuba pilih satu perniagaan yang tetap untuk sepanjang hayat seperti perniagaan barangan harian atau perniagaan emas dimana permintaan orang ramai di pasaran tetap ada sepanjang masa tanpa dipengaruhi oleh peredaran zaman. 

2) MENJIWAI PERNIAGAAN 
Memulakan dan menjayakan sesuatu bisnes atau perniagaan memerlukan ketahanan psikologi yang tinggi untuk menanggung stres dan cabaran bisnes. Usahawan yang berjaya adalah usahawan yang menjiwai perniagaan dengan sepenuh hati dan jiwa usahawan ini akan dapat menggerakkan mereka untuk memulakan bisnes, mengatasi segala halangan dan berjaya dalam bisnes masing-masing. 

3) MEMILIH PRODUK PERNIAGAAN YANG MUDAH DIJUAL DAN TIADA RISIKO KEROSAKAN 
Pemilihan produk perniagaan amat penting supaya produk perniagaan yang hendak diniagakan mudah dijual. Faktor lain yang perlu diambil kira ketika memilih produk untuk dijual adalah permintaan yang tinggi, tidak mudah rosak, sudah dikenali, mudah disimpan dan tidak ditelan zaman. Salah satu contoh produk untuk perniagaan yang terbaik adalah seperti barang keperluan harian dan emas. Mengapa emas? Kerana emas merupakan logam yang bersifat tahan lama & tidak mudah rosak. Menariknya adalah, tidak kira berapa lama emas disimpan ia tetap akan berkilau jika dijaga dengan baik!