Cara Mencari Ketenangan Dan Kebahagian

Capture

 3 Cara Mencari Ketenangan Dan Kebahagian 

Sesungguhnya dalam kehidupan kita ini, kita diberi pilihan untuk memilih kebahagian atau penderitaan. Semuanya bermula melaui kawalan minda kita sendiri. Tahukah anda? Minda merupakan senjata yang paling kuat dalam diri kita, ia berupaya untuk menarik apa sahaja yang kita inginkan/fikirkan. Kerana itulah wujudnya ‘Law of Attraction, You Attract What You Like/Fear’. Jika kita pandai mengawal fikiran melalui minda, sudah tentu emosi kita akan terjaga. Jom kita lihat cara-cara mencari ketenangan & kebahagiaan dalam hidup:

1. Bersihkan Hati

Jika kita berfikiran buruk setiap kali berjumpa dengan orang, kita mestilah periksa kembali hati dan betulkan semula sangkaan buruk tersebu. Jadilah orang  yang sering memerhatikan kekurangan diri sendiri sebelum mencari kesalahan orang lain. Nescaya, kita dapat menjadi insan yang lebih baik dari sebelum ini.  

2. Betulkan Niat Kita Setiap Hari

 Sebaik-baik sahaja kita terjaga daripada tidur pada setiap pagi, maka bermulalah kehidupan kita untuk hari tersebut. Seandainya kita adalah seorang ibu atau isteri yang seharian duduk di rumah, betulkan niat kita untuk menjadi ibu yang baik kepada anak-anak dan isteri yang mendapat reda suami, demi mendapat keberkatan hidup.Mulakan juga setiap pekerjaan yang kita ingin lakukan dengan hati yang ikhlas.

3. Minta Maaf & Memaafkan Orang Lain

 Jika kita merupakan insan yang pemurah dengan kata-kata maaf & sangat mudah memaafkan orang yang berbuat salah kepada kita, hidup kita akan menjadi lebih tenang dan tenteram. Pupuk diri untuk tidak berdendam dengan sesiapa agar hati lebih tenang untuk melakukan aktivit seharian. Tuhan sudah berpesan agar dahulukan urusan berbuat baik sesama manusia, nescaya tuhan akan mudahkan urusan kita kelak.