Cara Kenal Pasti Barang Kemas Tulen Atau Tiruan

Capture11

Risau barangan kemas yang dibeli tidak asli? Jangan risau, kali ini kita akan kongsikan sebahagian daripada tips yang boleh anda gunakan untuk membezakan barangan kemas yang dibeli itu tulen atau tiruan: 

Cara Kenal Pasti Barang Kemas Tulen Atau Tiruan

 

  1. Magnet

    Barangan kemas yang disadur dengan besi atau aloi akan pantas melekat pada magnet. Sementara emas tulen tidak akan melekat. 

  2. Cuka

    Emas tiruan akan bertukar kepada warna gelap jika diletakkan di dalam cuka. Hal ini kerana cuka brsifat asid dan apabila asid terkena logam besi, ia akan menghasilkan tindakbalas penghakisan permukaan logam besi tersebut. Tuang cuka ke dalam gelas berisi cuka, letakkan cincin atau gelang emas ke dalamnya dan biarkan selama lima minit. Lihat sama ada ia berubah menjadi gelap atau tidak. Jika ia tidak berubah, tahniah, emas anda adalah emas tulen! 

  3. Kapur

    Untuk mengetahui barangan kemas yang dibeli itu tulen atau tidak, anda boleh juga menggunakan kapur tulis. Caranya adalah, gosokkan barangan kemas tadi dengan kapur. Jika ia berubah menjadi gelap itu tandanya ia barangan kemas yang asli.