Barangan Kemas Sebagai Hantaran

Joanne NEW TITLE BLOGVIDEO APRIL 2022 1 1

Apakah itu Hantaran? 

Hantaran atau dikenali sebagai ‘Dowry’ dalam bahasa Inggeris merupakan pemberian dari pihak lelaki kepada pihak perempuan . Dalam budaya perkahwinan Melayu, terdapat beberapa jenis pemberian iaitu mas kahwin dan hantaran. Ada perbezaannya namun memegang konsep yang sama iaitu pemberian buat pihak wanita. 

Barang Kemas sebagai Hantaran

Dulang Hantaran dari pihak lelaki kepada pihak perempuan biasanya terdiri daripada pakaian, kosmetik, kek serta sireh junjung yang bertata rias bersama barang kemas dan banyak lagi. Malah, barang kemas adalah salah satu barang wajib dalam hantaran yang menjadi idaman setiap wanita. 

 Antaranya adalahcincin, rantai tangan, gelang tangan dan rantai leher. 

  • Cincin Batu 

Koleksi-koleksi cincin batu permata Moissanite dari Megan pasti menjadi pilihan pihak lelaki kepada pengantin perempuan untuk dijadikan cincin perkahwinan atau cincin pertunangan 

  • Rantai Tangan atau Rantai Leher 

Rantai tangan, gelang tangan dan rantai leher untuk disusun cantik diatas pemberian dulang hantaran sama ada untuk majlis merisik, bertunang, serta sesi pembatalan air sembahyang sewaktu majlis pernikahan. 

  • Gold Bar  

Daripada MEGAN juga boleh dijadikan sebagai barang hantaran yang pasti menjadi penyimpan nilai terbaik dan pelaburan dalam perkahwinan dua mempelai.