Apakah Tujuan Anda Membeli Emas?

New-Title-Blog-VIdeo-2022-8

 

Emas merupakan aset bernilai yang menjadi pilihan sepanjang masa. Memilih emas sebagai aset simpanan dan pelaburan ternyata memberikan lebih banyak manfaat dan kelebihan berbanding aset simpanan dalam bentuk tunai JIKA pilihan itu disertakan dengan ilmu mengenainya.  

 

  • Elak simpanan bocor

Simpanan bocor ini maksudnya kalau anda simpan 10% setiap bulan secara tunai, tapi tidak  pandai kawal nafsu belanja, akhirnya duit akan habis juga sebab ada perasaan “masih ada duit lagi”. Tetapi kalau kita simpan emas, kita tidak akan ada masalah duit bocor, malahan jadi sangat berdisiplin, kerana dapat gaji terus alih bajet simpan emas setiap bulan.  

  • Harga emas naik, boleh jual  

Anda boleh jual emas anda sekiranya harga emas naik. Sekiranya anda perlu tunai, membawa emas anda ke arrahnu untuk selesaikan keperluan.  Ar Rahnu adalah tempat di mana kita boleh pajak & cagarkan emas yang kita miliki. Walaupun begitu, ia akan menimbulkan hutang. Bukan tempat menjana keuntungan.  

Seharusnya, gunalah kemudahan ar-rahnu ini untuk keperluan dan modal perniagaan. Bukan untuk tujuan yang akan merugikan diri sendiri.  

  • Simpan untuk beli aset hartanah  

Kalau anda ingin membeli hartanah, anda boleh membuat simpanan emas untuk dijadikan sebagai deposit. Bersedia sekurang-kurangnya 15% dari value semasa hartanah.   

  • Simpan untuk dana pendidikan anak-anak  

Perkara yang semua akan faham tentang pelajaran, kos belajar, kos pengajian dari masa ke semasa akan meningkat semakin tinggi. Kalau ambik purata kenaikan 6% inflasi setiap tahun, dalam tempoh 15 tahun kos pengajian akan naik hingga 100%! Contohnya, hari ini kos pengajian engineering RM40,000, pada 15 tahun akan datang kos akan jadi double sehingga RM80,000. Jika anda tidak berharap anak-anak terjerat dengan hutang PTPTN, maka anda sedaya upaya simpan dan alih dalam bentuk emas supaya kuasa beli (purchasing power) dalam 15 tahun kelak tidak di mamah inflasi.  

  • Pendapatan tambahan  

Walaupun kerja sebagai engineer atau lain-lain, semua orang anggap sudah mencukupi, anda perlu ingat bahawa langit tak semestinya cerah. Membeli emas juga boleh menjadi income tambahan di masa depan untuk menyelesaikan pelbagai jenis keuntungan.