Apakah Faktor Yang Mempengaruhi Harga Emas?

New-Title-Blog-VIdeo-2022-7

 

Ketidaktentuan ekonomi dan sentimen pasaran  

Emas dianggap sebagai pelaburan selamat. Ini kerana setiap kali berlaku krisis, harga emas dijangka naik dan kadangkala lebih tinggi. Ramai pelabur memilih untuk melabur dalam emas kerana ingin mengehadkan pendedahan mereka kepada kerugian sekiranya berlaku sebarang ketidaktentuan ekonomi.  

Sebagai contoh, tahun ini amat sukar disebabkan oleh Covid-19. Apabila PKP mula-mula dilaksanakan pada Mac 2020, ramai pelabur mula melabur dalam emas. Itu tidak menghairankan kerana, pada masa itu, ekonomi tidak stabil kerana penutupan seluruh negara.  

 

Dollar AS  

Harga emas dan dollar US ($) mempunyai hubungan yang bertentangan. Harga emas akan meningkat apabila nilai dollar US melemah dan begitu juga sebaliknya. Dari satu segi, lebih ramai pelabur akan membeli emas apabila dollar US lemah.  

Sebagai contoh, apabila Donald Trump memenangi pilihan raya US pada 2016, harga emas jatuh sebanyak 5% tetapi dolar US melantun semula!  

 

Bekalan dan Permintaan  

Menurut World Gold Council (WGC), sekurang-kurangnya 75% permintaan global datang daripada aktiviti perlombongan emas. Bagaimana dengan baki 25%? Ia biasanya datang daripada emas yang telah dikitar semula daripada barang kemas dan peranti teknologi.  

Jadi, apabila terdapat lebih banyak penawaran daripada permintaan, harga emas akan menjadi lebih rendah dan begitu juga sebaliknya. Kenapa? Kerana bekalan tidak akan mencukupi untuk memenuhi permintaan.