5 Tips Penjagaan Barangan Kemas

Joanne-NEW-TITLE-BLOGVIDEO-APRIL-2022

Barang kemas seperti cincin, rantai, subang dan sebagainya adalah perhiasan wanita yang memang menjadi aksesori tambahan meningkatkan gaya dan penampilan diri seseorang. Di sini saya akan kongsikan kepada anda semua bagaimana cara untuk menjaga barang kemas.  

 

  • Tidak mendedahkan barangan emas kepada bahan kimia dan berasid 

Ada pelbagai bahan kimia yang boleh merosakkan kilauan emas di sekeliling rumah antaranya bahan peluntur dan klorin. Bahan kimia ini boleh melemahkan struktur emas serta merosakkan permukaannya, selain menyebabkan barangan kemas terputus jika didedahkan dalam jangka panjang. 

 

  • Elakkan memakai barangan kemas semasa mandi 

Sekiranya mahu berenang di kolam renang yang penuh dengan kandungan klorin, barangan emas perlu dibuka dan disimpan di tempat lebih selamat dan sesuai.  

 

  • Membuka barangan kemas semasa melakukan aktiviti membersihkan rumah 

Ketika membersihkan rumah, turut digalakkan membuka barangan emas kerana bahan kimia untuk mencuci pakaian, lantai atau perabot rumah boleh merosakkan emas. Anda juga boleh memakai sarung tangan ketika kerja membersih untuk melindungi barangan emas seperti cincin dan gelang. 

 

  • Elakkan terkena semburan minyak wangi 

Pastikan semburan minyak wangi tidak terkena barangan kemas.
Biarpun minyak wangi tidak merosakkan pakaian atau kulit, ia boleh memudarkan warna emas kerana sifatnya yang beralkohol. Justeru, jangan memakai barangan kemas ketika menyembur minyak wangi atau cuba tumpukan semburan ke bahagian kulit dan elakkan ia mengalir dan terkena barangan emas sama ada pada leher, lengan atau telinga. 

 

  • Mencuci barangan kemas secara konsisten 

Barangan kemas perlu sentiasa dicuci selalu bagi memastikan kotoran termasuk sel kulit mati tidak melekat padanya. Hantar barangan emas ke kedai emas atau dilakukan sendiri.