4 Tips Membeli Barang Kemas Bernilai Tinggi

Barang kemas boleh jadi asset bernilai tinggi. Ada barang kemas yang akan terus susut nilai 25% – 50% lepas kita beli. Jadi, untuk pastikan barang kemas itu masih bernilai tinggi anda boleh rujuk tips di bawah:   

 

1) Beli barang kemas 999 (24K) atau 916 (22K) sahaja   

  • Kedua-dua jenis ketulenan emas tu mempunyai nilai tertinggi untuk jangka panjang. Emas 999 (kandungan emas 99.9%) jarang dibuat barang kemas sebab ianya telalu lembut dan mudah lekuk.   
  • Untuk kenal emas 999.9 dan 916 ialah cek pada bahagian belakang barang kemas tu sebab biasanya ia akan ditempa dengan cop “999” dan “916”. Satu lagi, kalau dibakar, ia tidak akan tinggalkan kesan kehitaman.  

2) Simpan resit pembelian   

  • Resit belian original akan memberi kesan kepada nilai emas apabila kita jual balik. Keadaan ini tertakluk kepada keputusan kedai emas juga.  

3) Jangan beli emas putih   

  • Emas putih mengandungi 75% atau 37.5% emas, selebihnya dicampur dengan logam lain. Rupa emas putih sama dengan silver. Perbezaan hanya cop “750” atau “375” sahaja. Emas putih tidak sesuai untuk dibuat pelaburan kerana kadar spread boleh capai 70% apabila jual semula.  

4) Cari kedai yang terima belian balik (trade-in) dengan harga yang tinggi  

  • Secara puratanya, mereka beli balik dengan harga diskaun 20% – 25%, tetapi ada juga kedai yang sanggup beli balik dengan harga diskuan 15% untuk barang kemas yang dibeli di kedainya, dengan syarat mesti simpan resit asal. Keadaan ini tertakluk kepada keputusan kedai emas juga.