4 Sebab Barang Kemas 916 Tidak Sesuai Untuk Pelaburan Jangka Masa Pendek

New-Title-Blog-VIdeo-2022-3-1

Ramai orang ghairah sangat untuk melabur emas tetapi tanpa asas ilmu emas, anda akan menghadapi kerugian juga. Contohnya beli barang kemas 916 untuk tujuan pelaburan jangka masa pendek adalah tindakan salah.   

Simpan dahulu barang kemas 916 itu, anda tidak akan rugi selagi tidak menjualkannya. Cumanya jangan jual segera. Untuk mendapatkan keuntungan, perlu beberapa tahun lagi disebabkan beberapa kelemahan berbanding goldbar 999.9 

 

Kelemahan barang kemas 916 jika untuk pelaburan.  

1) Harga per gram lebih mahal.  

  • Harga barang kemas yang ditetapkan oleh persatuan kedai emas rata rata 10 hingga 15 peratus lebih mahal berbanding harga emas pelaburan.   

2) Kadar spread lebih tinggi  

  • Kadar susut nilai akan menentukan berapa banyak dan berapa cepat kita dapat menjana keuntungan daripada emas yang kita beli itu kalau kenaikan harga emas. Spread barang kemas 916 rata ratanya sekitar 25-40% berbanding emas pelaburan kurang dari 10%. Walaubagaimanapun ia bergantung kepada pemilik kedai emas.  

3) Kos upah yang mudah dimanipulasi  

  • Kos upah tukang bergantung kepada kehalusan reka bentuk barang kemas. Lagi halus dan lagi seni cantik seni buatannya, lagi mahal kos upah yang dikenakan. Jika harga emas tinggi, mereka mungkin akan rendahkan kos upah, manakala jika harga emas turun rendah, mereka mungkin akan naikkan kos itu. Walaubagaimanapun ia bergantung kepada pemilik kedai emas.  

4) Update harga lambat  

  • Biasanya, harga emas dunia naik, harga barang kemas terus naik. Tetapi jika harga emas turun, emas menjadi lambat disemak harga dan mungkin harga kekal tinggi sampai 1 sampai 2 hari. Hanya jika berlaku perubahan harga ketara emas dunia barulah disemak. Walaubagaimanapun ia bergantung kepada pemilik kedai emas.