4 Cara Terbaik Mulakan Perniagaan Sendiri Dalam Pandemic COVID-19

New-Title-Blog-VIdeo-2022-5

Selepas hampir setahun kita memerangi wabak COVID-19, ramai dalam kalangan kita yang dibuang kerja dan ada juga yang hilang punca pendapatan. Oleh itu, membina perniagaan sendiri mungkin menjadi jalan terbaik untuk keluar dari kesempitan hidup yang sedang dialami.Tapi macam mana cara untuk memulakan perniagaan sendiri waktu pandemik ni?  

 

1) Jadi ejen   

  • Cara pertama untuk memulakan perniagaan sendiri adalah dengan menjadi ejen , anda berpeluang untuk mempelajari serba sedikit berkaitan bidang perniagaan dan mengenali proses urusniaga sesebuah produk. Antara kebaikan menjadi ejen adalah anda tidak perlu menguruskan stok dan membuat penghantaran kerana proses ini akan dilakukan sendiri oleh pihak syarikat.  

  

2) Mulakan perniagaan tanpa modal  

  • Dalam keadaan kewangan yang terhad, ramai yang bimbang untuk memulakan perniagaan. Ini kerana mereka beranggapan modal adalah pengahalang utama. Namun, dengan dunia yang serba moden ini pelbagai cara yang tersedia untuk memulakan perniagaan sendiri tanpa modal.Cara terbaik adalah dengan menyediakan perkhidmatan berdasarkan kemahiran yang anda miliki. Sebagai contoh jika anda mempunyai kemahiran dalam mereka bentuk grafik, hasil rekaan anda boleh dijual di portal online dan seterusnya syarikat yang berminat akan membeli rekaan anda.  

  

3)  Jual produk yang kita minat  

  • Meniaga memerlukan usaha dan minat yang mendalam. Selain mengharap pulangan daripada jualan, kerjaya sebagai peniaga juga perlukan suasana yang menggembirakan. Oleh itu, menjual produk atau perkidmatan yang kita minati contohnya, jual barangan kemas melalui LIVE di media sosial.   

  

4)  Tetapkan matlamat perniagaan  

  • Setiap perkara perlu bermula dari bawah kerana jatuh atau bangun adalah perkara yang biasa. Tetapi apa yang penting dalam memulakan perniagaan sendiri adalah menetapkan matlamat anda serta terus bersemangat untuk mencapaikan.