3 Tips Simpan Emas 1 Gram 1 Bulan

 

1) DAPAT GAJI , BELI EMAS  

  • Setiap kali dapat gaji, terus beli 1 gram emas. Jangan tunggu duit lebih baru nak menyimpan sebab memang tak akan ada duit lebih. Mindset menyimpan iaitu, “simpan dulu belanja selebihnya” bukan “belanja dulu simpan selebihnya”.  

  

2) JANGAN TUNGGU HARGA TERBAIK  

  • “Tidak ada masa yang sesuai untuk membeli emas, setiap pelabur perlu ada emas dengan mereka.” dikatakan oleh Albert Cheng, CEO Singapore Bullion Market Association. Oleh itu, anda sekurang-kurangnya membeli 1gram sebulan tanpa risau harganya.  

  

3) SIMPAN DALAM DOMPET  

  • Jika nak rasa kejayaan pencapaian simpanan gold bar, simpan 1 demi 1 gold bar 1gram di dompet sendiri. Tindakan ini akan mengingatkan diri anda telah berjaya sejauh ini dan lakukannya secara konsisten tanpa berputus asa. Habis simpan 5 keping gold bar 1gram, anda boleh simpan dalam buku gold bar dan mulakan simpanan lagi di dompet.